[LIVE] Najib ke penjara: Apa kesan kepada BN?<br /><br />Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak mengetepikan sabitan hukuman dan denda berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.<br /><br />Keputusan tersebut menyaksikan bekas Perdana Menteri itu diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
